Wednesday 22 October 2014

Haiwan bernama Anjing

Allah سبحانه وتعالى telah menciptakan semua makhluk.

(وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ ۚ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ)  surah al-an'am ayat 38

"Dan tiadalah binatang binatang yang ada di bumi dan burung burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat juga seperti kamu. Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam al-kitab, kemudian kepada rabb mereka dihimpunkan"

Anjing merupakan makhluk Allah dan banyak memberi manfaat kepada manusia. Terutamanya di dalam bab menjaga harta, keselamatan ternakan,  tanaman dan lain2 lagi.

قال ابن المغفل: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بقتل الكلاب، ثم رخص في كلب صيد و كلب الغنم.
Ibnu Mughaffal telah berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم memerintahkan supaya membunuh anjing anjing, kemudian beliau memberi kelonggaran bagi anjing buruan dan anjing menjaga kambing. Riwayat muslim.

حديث عدي بن حاتم، قال: قلت: يا رسول الله،  إني أرسل كلاب المعلمة فيمسكن علي، و اذكر اسم الله عليه فقال: إذا أرسلت كلبك المعلم و ذكرت اسم الله عليه فكل.
قلت: و إن قتلن؟ قال : و إن قتلن ما لم يشركها كلب ليس معها.

Hadith adii bin haatim, dia berkata : aku telah berkata:
Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing anjing yang terlatih untuk berburu, anjing anjing tersebut membawa hasil buruan kepadaku, dan aku telah menyebut nama Allah padanya. Lalu Rasulullah mengatakan: apabila kamu telah melepaskan anjing buruan kamu yang terlatih dan telah menyebut nama Allah (Bismillah), maka makanlah.
Riwayat al-bukhori

 dibolehkan memelihara anjing dengan syarat.

و أيما قوم اتخذوا كلبا ليس بكلب حرث أو صيد أو ماشية نقصوا من أجورهم، كل يوم قيراطا.

Dan mana2 orang yang memelihara anjing bukan kerana untuk menjaga harta atau berburu atau petunjuk jalan, maka akan dikurangkan pahalanya setiap hari dengan 1 qirath.
Riwayat ahmad, muslim.

Di dalam lafaz lain 2 qirath.

قال النووي : و أما القراط هنا فهو مقدار معلوم عند الله، و المراد نقص جزء من أجر عمله.
"Dan adapun qirath di sini, iaitu suatu kadar yang maklum disisi Allah. Dan yang dimaksudkan adalah kurang satu bahagian dari pahalanya."

 bagi yang memelihara untuk tujuan keselamatan, menjaga tanaman, berburu dan yang berkaitan dengannya, tidak akan dikurangkan pahalanya. 


" Dan adapun memelihara anjing anjing, maka dalam mazhab kami (mazhab asy-syaafi'i), bahawa haram memelihara anjing dengan tiadanya keperluan. Dan boleh memeliharanya kerana untuk berburu, pertanian dan untuk menjaga binatang peliharaan. Dan apakah boleh untuk menjaga rumah-rumah dan gerbang-gerbang dan yang seumpamanya? Dalam hal ini ada 2 pendapat, salah satunya tidak dibolehkan kerna menurut dzohir hadith2. Maka jelas larangannya kecuali untuk perkebunan, berburu atau menjaga ternakan. Dam qaul yang paling shohih adalah dibolehkan, kerana dikiaskan atas 3 perkara tersebut, dengan mengamalkan dengan illat yang difahami dari hadith2 tersebut iaitu kerana keperluan. Dan apakah boleh memelihara anak anjing dan mendidiknya untuk berburu, menjaga kebun atau menjaga ternakan? Padanya ada 2 pendapat dalam mazhab kami (mazhab asy-syaafi'i), yang shohih adalah dibolehkan. Syarah muslim (10/236).

kenajisannya?
3 golongan yang berbeza pendapat.
Golongan 1: keseluruhannya najis
Golongan 2: hanya jilatan/ air liur yang najis.
Golongan 3: suci keseluruhannya.

Ketiga tiga golongan berbeza dalam memahami hadith

طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب.
Benjana salah seorang daripada kalian adalah suci, apabila anjing menjilatnya (untuk minum), hendaklah dicuci sebanyak 7 kali, salah satinya dengan air tanah.

1. Ada yang mengatakan, bahawa cuci untuk satu bentuk penyingkiran najis/kotoran
2. Ada yang mengatakan ia adalah satu bentuk ta'abbudi ( satu bentuk ketaatan )

Wallahu'alam. Yang benar hanya lah dari Allah dan Rasulnya..

Berdasarkan hadith berburu. Yang mana Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan :
   إذا أرسلت كلبك وذكرت اسم الله عليه فكل.
Apabila kamu melepaskan anjing dan kamu telah membaca Bismillah maka makan lah.

"فكل"
Huruf ف di sini, menunjukkan
لترتيب و تعقيب
Tertib dan terus melakukannya.

Atau
ف   للترتيب بالتصال
Menunjukkan tartib dan bersambung terus..

Di sini tidak menunjukkan perintah untuk menyucikannya. Seandainya ia najis, sudah pasti Rasulullah memerintahkannya untuk menyucikannya.

Berdasarkan hadith riwayat bukhori.

قال الزهري : إذا ولغ في إناء,  ليس له وضوء غيره،  يتوضأ به.

Az-Zuhri telah berkata: apabila anjing telah menjilat di dalam benjana, tidak ada air wuduk selain dari air itu, berwuduklah dengannya.

Anjing boleh dihukum najis hanya apabila ada keterangan dari Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Tiada siapa yang boleh menajiskannya hanya kerana tidak masuknya malaikatyang didapati ada anjing di dalam rumahnya itu, kurang pahala 1 qirat, bukan juga disebabkan ada suruhan membunuhnya dan bukan juga kerana telah diwajibkan mencuci 7 kali.

No comments:

Post a Comment

Post la komen kat sini...