Sunday 6 September 2015

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantum dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)     
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan terdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir 
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..

19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
Dihantar sekali lgi utk peringatan kpd kita semua agar banyk bersedekah terutama pd bln Ramadhan nanti. 

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. 

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim. 

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Jangan Meremehkan Kebaikan, Jangan Menghina & Bersabar Ketika Dihina

Abu Jurayy Jabir bin Sulaim, dia berkata,

“Aku melihat seorang laki-laki yang perkataannya ditaati orang. Setiap kali dia berkata, pasti diikuti oleh mereka.

Aku bertanya,

“Siapakah orang ini?”

Mereka menjawab,

“Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam.”

Aku berkata,

“Alaikas salaam (bagimu keselamatan), wahai Rasulullah (dia mengulanginya dua kali).”

Beliau lalu berkata,

“Janganlah engkau mengucapkan alaikas salaam (bagimu keselamatan) kerana salam seperti itu adalah penghormatan kepada orang mati. Yang baik diucapkan adalah assalamualaik (semoga keselamatan bagimu.”

Abu Jurayy bertanya,

“Apakah engkau adalah utusan Allah?”

Beliau menjawab,

“Aku adalah utusan Allah yang apabila engkau ditimpa malapetaka, lalu engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan menghilangkan kesulitan darimu. Apabila engkau ditimpa kekeringan selama satu tahun, lantas engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untukmu. Dan apabila engkau berada di suatu tempat yang gersang lalu untamu hilang, kemudian engkau berdoa kepada Allah, maka Dia akan mengembalikan unta tersebut untukmu.”

Abu Jurayy berkata lagi kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam,

“Berilah wasiat kepadaku.”

Rasul sallallahu alaihi wa sallam pun memberi wasiat,

لاَ تَسُبَّنَّ أَحَدًا

“Janganlah engkau menghina seorang pun.”

Abu Jurayy berkata,

“Aku pun tidak pernah menghina seorang pun setelah itu, baik kepada orang yang merdeka, seorang budak (hamba), seekor unta, maupun seekor domba (kambing biri-biri).”

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam melanjutkan sabdanya,

وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ وَارْفَعْ إِزَارَكَ إِلَى نِصْفِ السَّاقِ فَإِنْ أَبَيْتَ فَإِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِيَّاكَ وَإِسْبَالَ الإِزَارِ فَإِنَّهَا مِنَ الْمَخِيلَةِ وَإِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيلَةَ وَإِنِ امْرُؤٌ شَتَمَكَ وَعَيَّرَكَ بِمَا يَعْلَمُ فِيكَ فَلاَ تُعَيِّرْهُ بِمَا تَعْلَمُ فِيهِ فَإِنَّمَا وَبَالُ ذَلِكَ عَلَيْهِ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau dengan berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bahagian dari kebajikan.

Tinggikanlah sarungmu sampai pertengahan betis. Jika enggan, engkau boleh menurunkannya hingga mata kaki. Jauhilah memanjangkan kain sarung hingga melewati mata kaki. Penampilan seperti itu adalah tanda sombong dan Allah tidak menyukai kesombongan.

Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang dia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah dia yang menanggungnya.”

[HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahawa hadis ini sahih]
_____________
https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/742267789215419

Saturday 5 September 2015

4 Penyakit Hati & Penawarnya

Boleh jadi keempat penyakit dibawah ini sedang hinggap di hati anda, maka perhatikanlah penawar yang telah ALLAH berikan kepada anda.

Jika anda terjerat hawa nafsu liar dan tidak dpt mengendalikannya, maka LIHATLAH bagaimana perhatian anda terhadap SHALAT.
Karena nafsu liar timbul dari sikap mengabaikan shalat.

ALLAH berfirman,

فخلف من بعدهم خلف أضاعوا الصلاة واتبعوا الشهوات فسوف يلقون غيا (٥٩)

"Kemudian datanglah setelah mereka para pengganti yang "MENGABAIKAN SHALAT dan MEMPERTURUTKAN SYAHWAT, maka kelak mereka akan tersesat." (QS. Maryam (19) : 59)

Jika hati anda keras, berperangai buruk, dan anda merasa jauh dari hidayah, maka PERHATIKANLAH bagaimana hubunganmu dgn kedua orang tuamu, terutama ibumu.
Krn perangai sedemikian muncul dari kedurhakaan terhadap orang tua.

ALLAH berfirman,

وبراً بوالدتى ولم يجعلنى جبارا شقيا

"Dan aku pun berbakti kepada ibuku, sehingga ALLAH TIDAK MENJADIKAN aku seorang yang sombong lagi celaka." (QS. Maryam (19) : 32)

Jika kehidupan anda terasa sempit, dan perasaan anda selalu gusar, maka LIHATLAH bagaimana perlakuan anda terhadap Al-Qur'an.

Karena kesempitan hidup berasal dari jauhnya anda terhadap Al-Qur'an.

ALLAH berfirman,

ومن أعرض عن ذكري فإن له معيشةً ضنكاً

"Dan brgsiapa BERPALING dari peringatan-KU (Al-Qur'an) niscaya baginya sungguh penghidupan yang sempit." (QS. Thaha (20) : 124)

Jika anda merasa ragu2 diatas kebenaran dan dihinggapi was2, maka PERHATIKANLAH diri anda, apakah anda sdh melaksanakan nasihat yg selama ini telah anda dengar?

Karena keraguan tumbuh dari penolakan nasihat.

ALLAH berfirman,

ولو أنهم فعلوا ما يوعظون به لكان خيراً لهم وأشد تثبيتا
"Dan sesungguhnya jikalau mereka mahu MELAKSANAKAN NASIHAT yg sampai kpd mereka, tentu lah yang demikian lbh baik bagi mereka dan lebih menguatkan iman mereka." (QS. An-Nisa (4) : 66)
Mudah2an kita termasuk org2 yg mahu mengamalkan nasihat ini. Amin..

Orang Miskin Cemburui Orang Kaya


Orang di zaman Nabi dahulu juga cemburu kepada orang kaya

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawasanya orang-orang fakir Muhajirin mendatangi Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lalu mereka berkata;

“Orang-orang kaya telah pergi mendapatkan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal: Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka puasa sebagaimana kami puasa, dan bagi mereka lebihan dari harta, mereka berhaji, umrah, jihad dan bersedekah.”

Maka Baginda bersabda:

“Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang dengannya kalian akan dapat menyaingi mereka yang telah mendahului kalian dan dengannya juga kalian akan dapat mendahului orang-orang yang datang sesudah kalian dan tidak akan ada seorang pun yang lebih baik daripada kalian kecuali jika dia melakukan seperti apa yang kalian lakukan?”

Mereka menjawab:

“Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir setelah selesai setiap solat sebanyak 33 kali.”

Berkata Abu Soleh, perawi yang meriwayatkan hadis ini dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ketika ditanya bagaimana cara membaca zikir-zikir itu, Abu Hurairah berkata:

“Dia mengucapkan “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar” sehingga setiap satu daripadanya menjadi 33 kali.” [HR Bukhari & Muslim, Riyadhus Salihin 1426]

Tambahan di dalam riwayat Imam Muslim:

“Kemudian orang-orang fakir Muhajirin itu datang kembali kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan mereka berkata:

“Saudara-saudara kami yang kaya mendengar apa yang kami lakukan lalu mereka telah melakukan yang sama.”

Maka Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Itu adalah kelebihan yang diberikan Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” [HR Bukhari & Muslim, Riyadhus Salihin 1426]

Orang di zaman Nabi dahulu juga cemburu kepada orang kaya. Mereka cemburu bukan kerana di atas dorongan nafsu dunia semata. Mereka cemburu kerana orang kaya mampu berbuat lebih kebaikan berbanding mereka.

Yang mereka kejarkan adalah kebaikan itu. Bukan kekayaan semata. MasyaAllah.

Beruntunglah orang kaya yang mahu berbuat kebaikan.

Tuesday 1 September 2015

👆🏼📖 ISTILAH HADITS


✒️ Al-Ustadz Qomar Suaidi, Lc


Berikut ini beberapa istilah hadits yang sering dipakai :

1.    MUTAWATIR   yaitu : Hadits yang diriwayatkan dari banyak jalan (sanad) yang lazimnya dengan jumlah dan sifatnya itu, para rawinya mustahil bersepakat untuk berdusta atau kebetulan bersama-sama berdusta. Perkara yang mereka bawa adalah perkara yang indrawi yakni dapat dilihat atau didengar. 
Hadits mutawatir memberi faedah ilmu yang harus diyakini tanpa perlu membahas benar atau salahnya terlebih dahulu.

2.    AHAD,    yaitu : Hadits yang tidak mencapai derajat mutawatir.

3.    SHAHIH (sehat),    yaitu : Hadits yang dinukilkan oleh orang yang adil (muslim, baligh, berakal, bebas dari kefasiqan yaitu melakukan dosa besar atau selalu melakukan dosa kecil, dan bebas dari sesuatu yang menjatuhkan muru’ah/kewibawaan) dan sempurna hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits itu, dari orang yang semacam itu juga dengan sanad yang bersambung, tidak memiliki ‘illah (penyakit/kelemahan) dan tidak menyelisihi yang lebih kuat. 
Hadits shahih hukumnya diterima dan berfungsi sebagai hujjah.

4.    HASAN (baik),    yaitu : Hadits yang sama dengan hadits shahih kecuali pada sifat rawinya dimana hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits tidak sempurna, yakni lebih rendah. 
Hadits hasan hukumnya diterima.

5.    DHA'IF,    yaitu : Hadits yang tidak memenuhi syarat-syarat hadits shahih atau hasan. 
Hadits dha’if hukumnya ditolak.

6.    MAUDHU’ (palsu),    yaitu : Hadits yang didustakan atas nama Nabi padahal beliau tidak pernah mengatakannya, hukumnya ditolak.

7.    MURSAL,    yaitu : seorang tabi’in menyandarkan suatu ucapan atau perbuatan kepada Nabi. Hukumnya tertolak karena ada rawi yang hilang antara tabi’in tersebut dan Nabi, dan mungkin yang hilang itu adalah rawi yang lemah, hukumnya tertolak.

8.    SYADZ,    yaitu : Hadits yang sanadnya shahih atau hasan namun isinya menyelisihi riwayat yang lebih kuat dari hadits itu sendiri, hukumnya tertolak.

9.    MUNGKAR,    yaitu : Hadits yang sanadnya dha’if dan isinya menyelisihi riwayat yang shahih atau hasan dari hadits itu sendiri, hukumnya juga tertolak.

10.   MUNQATHI’,    yaitu : Hadits yang terputus sanadnya secara umum, artinya hilang salah satu rawinya atau lebih dalam sanad, bukan di awalnya dan bukan di akhirnya dan tidak pula hilangnya secara berurutan. Hukumnya tertolak.

11.    SANAD,    yaitu : Rangkaian para rawi yang berakhir dengan matan.

12.    MATAN,    yaitu : Ucapan rawi atau redaksi hadits yang terakhir dalam sanad.

13.    RAWI,    yaitu : Orang yang meriwayatkan atau membawakan hadits.

14.    ATSAR,    yaitu : Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada selain Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam, yakni kepada para sahabat dan tabi’in.

15.    MARFU’,    yaitu : Suatu ucapan, perbuatan, atau persetujuan yang disandarkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam.

16.    MAUQUF,    yaitu : Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada sahabat.

17.    JAYYID (bagus),     yaitu : Suatu istilah lain untuk shahih.

18.    MUHADDITS,    yaitu : Orang yang menyibukkan diri dengan ilmu hadits secara riwayat dan dirayat (fiqih hadits), serta banyak mengetahui para rawi dan keadaan mereka.

19.    AL-HAFIZH,    yaitu : Orang yang kedudukannya lebih tinggi dari muhaddits, yang ia lebih banyak mengetahui rawi di setiap tingkatan sanad.

20.    MAJHUL,    yaitu : (Rawi yang) tidak dikenal, artinya tidak ada yang menganggapnya cacat sebagaimana tidak ada yang men-ta’dil-nya (lihat istilah ta’dil di poin 23, red.), dan yang meriwayatkan darinya cenderung sedikit. 
Bila yang meriwayatkan darinya hanya satu orang maka disebut majhul al-‘ain, dan bila lebih dari satu maka disebut majhul al-hal.
Hukum haditsnya termasuk hadits yang lemah.

21.    TSIQAH,    yaitu : (Rawi yang) tepercaya, artinya tepercaya kejujuran dan keadilannya serta kuat hafalan dan penjagaannya terhadap hadits.

22.    JARH,    yaitu : Cacat, dan majruh artinya tercacat.

23.    TA'DIL,    yaitu : Menilai adil.

24.    MUTTAFAQUN ‘ALAIH,    Maksudnya hadits yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim rahimahumallah dalam kitab Shahih mereka.

25.    MU'ALLAQ/TA'LIQ,    yaitu : Hadits yang terputus sanadnya dari bawah, satu rawi atau lebih.

📚
Sumber :http://www.asysyariah.com/syariah/khazanah/710-istilah-hadits-khazanah-edisi-6.html 

najiyah1400h.wordpress.com
========================

✔  WSC